Thursday, November 12, 2015

'71 Datsun Bluebird 510 Wagon

Selamat Petang..
Ok hari ni Mr Runner memperkenalkan keta keluaran Jepun,juga antara casting yang digemari oleh ramai collector..
Tak tau lah kenapa ramai yang gilakan casting ni,ada yang sanggup beli dengan harga mahal asalkan dapat memiliki keta ni..
Apa pun, Mr Runner beli ja klau harga berpatutan,lgpun casting ni hanya part time collection Mr Runner ja..huhu

Tuesday, November 10, 2015

Hot Wheels - Nissan 180 SX

Selamat Hari Deepavali..
Hari ni nak update antara koleksi baru keta jepun,Nissan 180sx...
Khabarnya keta ni pun jadi kegilaan ramai, tapi tak pasti lah sebab apa..
Yang ni Mr Runner dapat kat 7 Eleven berdekatan ofis ja.. Untung lah dapat..

Monday, November 9, 2015

'70 Ford Escort RS1600

Selamat malam..
Dah lama tak update blog dengan keta2 koleksi Mr Runner..
Kali ni Mr Runner akan cuba luangkan lebih masa untuk blog ni...
Ok kali ni Mr Runner nak perkenalkan antara koleksi kegemaran ramai,tak tau lah kenapa bila restock keta ni terus collector serbu dan beli banyak2,mungkin sebab keta klasik kot..

Sunday, November 8, 2015

Selamat Bercuti

Fuhhh..lamanya Mr Runner tak update blog ni..maklumlah laptop dah lama rosak,pastu keja plak jadual tak menentu.. untuk mengembalikan keserian blog ni memang susah skit dah sebab agak sibuk..
Apa pun,mana yang sempat ja lah Mr Runner update..

Friday, July 4, 2014

Hot Wheels - Carbonator

Kali ni Mr Runner memperkenalkan koleksi unik yang Mr Runner simpan... Kereta ni uniknya sebab boleh juga digunakan sebagai pembuka tudung botol,unik kan? Harga yang dibeli RM5 ja...Kereta ni hanya ada beberapa variant ja dalam simpanan Mr Runner, akan dicuba ditambah lagi jika berkesempatan...huhuhu

Wednesday, July 2, 2014

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan

Dah lama rasanya Mr Runner tak update blog ni... Terlebih dahulu Mr Runner ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan kepada seluruh umat Islam di dunia.. Ok,Mr Runner mulakan dengan upload gambar koleksi yang dah lama Mr Runner simpan,tapi baru nak update dalam blog ni.. Kali ni Mr Runner tunjukkan koleksi Custom Convoy..ACDC Edition...Mr Runner dapatkan casting ni di pasaraya berhampiran pada 2 tahun lepas... Masa tu harganya dalam RM19.90..

Friday, March 22, 2013

4th Anniversary HWCM 2013

Pada 16 Mac 2013,kelab Hot Wheels Malaysia (HWCM) telah mengadakan majlis makan malam bersama semua ahlinya... Mr Runner juga berpeluang kesana untuk berjumpa collector dari rata2 negeri termasuk Indonesia dan Singapura... Ini antara gambar2 yang sempat Mr Runner rakamkan untuk tatapan follower semua...