Friday, January 27, 2012

Koleksi "Rojak"

Huhuhu...bukan nak cerita pasal rojak ye kawan2...
Koleksi rojak yg Mr Runner maksudkan ni adalah Jenama yang sama iaitu Porsche tetapi modelnya berbeza dan juga dari pengeluar yang berbeza...
Keluaran : Biru - Maisto
Hitam - Hotwheels
Model : Biru - Porsche 911 Carrera
Hitam - Porsche Cayman S
Scale : 1/64
Harga : Tak ingat dah..
Lokasi Pembelian : Pasific Alor Setar




Monday, January 23, 2012

Selamat Tahun Baru Cina...

Kepada semua rakan-rakan,blogger-blogger,followers serta pengunjung yang berbangsa Cina, Mr Runner mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina...
Di harap tahun Naga Laut yg menjelma ni,membawa tuah kepada anda...
Kepada yang berkahwin pada cuti tahun baru cina ni, Mr Runner mengucapkan Selamat Pengantin Baru,senoga berbahagia ke anak cucu...
Mr Runner sudahi post kali ini dengan pantun...

Jumpa lubang jangan diterjun,
Takut terseliuh buku lali,
Jangan sibuk bermain mercun,
Takut pagi raya hilang jari...

Limau diberi tauke kaya,
Kulit cantik isinya pun manis,
Sila berhati-hati dijalan raya,
Jangan sampai family menangis... :)

Friday, January 20, 2012

Berehat seketika...

Kepada pengunjung serta followers yang disayangi,Mr Runner terpaksa berehat seketika untuk berkongsi koleksi dalam blog ni berikutan Mr Runner agak sibuk minggu ni di samping demam yang tak kebah2 dah dekat seminggu...
Kemungkinan selepas cuti menyambut Tahun BAru Cina nanti akan disambung semula bergantung pada keadaan...Harap maaf..

Monday, January 16, 2012

Hotwheels : Tesla Roadster 2008

Kali ni Mr Runner nak memperkenalkan lagi koleksi dari Hotwheels...
Harganya seperti biasa la,memang Mr Runner tak ingat...
Bedal je la korang nak letak berapa harganya...hehehe
Tak banyak huraian nak bgtau tentang koleksi ni,korang layan je la..huhu




Saturday, January 14, 2012

Khas Kepada Pengumpul Kotak Rokok SAHAJA

Sebenarnya inilah hobi asal Mr Runner iaitu mengumpul kotak rokok yang jarang berada dipasaran atau hanya pengeluaran terhad ja...
Mr Runner akui sememangnya Mr Runner ni adalah perokok tegar..huhu
Pada asalnya blog ini dibuat memang untuk berkongsi koleksi kotak rokok yg Mr Runner kumpul tu,tapi bimbang bercanggah plak dengan saranan kerajaan supaya "Tak Nak" merokok, Mr Runner terpaksa la buat untuk koleksi model kereta yg Mr Runner kumpul tu ja..Huhu, jika hobi begini mendapat sambutan Mr Runner boleh la upload pulak kotak2 rokok yg jarang jumpa dipasaran sekarang...
Crita pasal kotak rokok, sempena menyambut Tahun Baru Cina ni Mild Seven telah pun mengeluarkan kotak rokok bercorak naga sempena Tahun Naga ni...Contohnya seperti gambar kat bawah ni...



Friday, January 13, 2012

Koleksi Kalendar 2012

Sempena tahun 2012 ni,banyak juga kerja-kerja yang perlu diselesaikan antaranya menghantar dokumen ke pejabat pemaju seta bank-bank panel berhampiran ni...
Orang kata sambil menyelam minum air kan...
Jadi dah pegi pejabat org awal2 tahun mcm ni tak lain tak bukan mintak kalendar dengan diari je la...huhu
Ni antara kalendar serta diari yg Mr Runner dapat...



Acura NSX

Koleksi ni sebenarnya dah lama,cuma saja Mr Runner baru upload hanya nak memenuhkan blog Mr Runner ni..
Model ni Mr Runner beli di 7 Eleven ja kira2 setahun lepas...Harganya pun Mr Runner tak ingat dah,bukan jenis hafal harga sangat pun...huhu




Tuesday, January 10, 2012

Ferrari F430 Challenge

Keluaran : Hotwheels
Scale : 1:64
Harga : Tak ingat dahh
Lokasi Pembelian : Rasanya beli kat 7 Eleven




Sunday, January 8, 2012

TAKARA TOMY : Tomica Limited

Kali ni Mr Runner tunjukkan koleksi Dari Takara Tomy plak ye...
Sekali sekala kena sulam dengan jenama lain jugak kan...huhu
Keluaran : Takara Tomy : Tomica Limited
Model : Mazda Cosmo AP Limited
Harga : RM20
Lokasi Pembelian : Dari seorang sahabat yang juga pengumpul koleksi kereta






Saturday, January 7, 2012

'68 Chevy El Camino





Keluaran : Hotwheels
Harga : RM4 (Loose)
Lokasi Pembelian : Pasar Tani

Thursday, January 5, 2012

Lagi Dari Hotwheels...





Haaa,kali ni Mr Runner malas nak huraikan tentang keta ni sebab ni memang dah lama Mr Runner simpan...korang layan je la yee...huhu
Keluaran : Hotwheels
Model : Pontiac Firebird
Harga : RM3 (Loose)
Lokasi dibeli : Pasar Tani ja...

Wednesday, January 4, 2012

Back to "Old Skool"...Hotwheels '56 Merc

Huhu...kita kembali seketika ke zaman lama...
Kali ni Mr Runner upload model klasik plak dari Hotwheels...
Dah lama Mr Runner beli model ni cuma belum upload ja sebelum ni...
Harganya pun Mr Runner dah lupa berapa...huhu,korang nilaikan je la sendiri yee...
Keluaran : Hotwheels
Jenama : '56 Merc
Lokasi beli : Tak Ingat..huhuhu





Monday, January 2, 2012

Koleksi Pembukaan Bagi Tahun Baru 2012...





Sempena Tahun Baru 2012 ni, Mr Runner memulakan koleksi pembukaan dengan rally collection plak..
Kali ni Mr Runner cuba nak lari jauh sikit dari Hotwheels...
Bukan nak membelot,cuma nak menambahkan koleksi ja...huhu
Keluaran : Majorette
Jenama : Peugeot 206 WRC
Skala : 1/57
Lokasi Pembelian : Supermarket Billion

Sunday, January 1, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012..


Dikesempatan ini Mr Runner mengucapkan Selamat Tahun Baru buat seluruh warga dunia tak kiralah buat pelbagai kaum,terutama sekali khas buat warga pengunjung dan followers blog Mr Runner yang tak seberapa ini...
Sempena tahun baru ni, Mr Runner menjanjikan koleksi terbaik untuk dikongsi kepada para pengunjung blog ini...
Azam Mr Runner tahun ni,ingin menambahkan koleksi Hotwheels dengan disulami koleksi Diecast bersaiz sederhana,tu pun kalau dimurahkan rezeki bolehlah ditambah koleksi tu...
Sekali lagi Mr Runner mengucapkan Selamat Tahun Baru 2012 kepada followers dan para pengunjung blog ini...Mr Runner ingin tamatkan sesi ini diiringi pantun..

"Pergi ke pekan tengok Subaru,
singgah membeli ubat gigi,
hajat di hati menyambut tahun baru,
ingin menambahkan koleksi lagi"